Puasa Untuk Perkasa

Sunday, August 30, 2009



PENYERANG berbisa Mali, Frederic Kanoute yang beraksi di Liga Primera Sepanyol, bukan saja bersemangat menghayati Ramadan tapi juga melihat ibadat puasa sebagai elemen yang mampu memperkasakannya daripada aspek fizikal dan rohani.

“Saya menghormati agama saya dan cuba sedaya-upaya mematuhinya,” katanya.

“Terdapat ramai pemain bola sepak Muslim di England, Sepanyol, Perancis dan liga-liga lain, tapi berpuasa bukanlah satu perkara yang mereka hendak hebohkan kepada dunia.”

Pemain kelab Seville berusia 32 tahun itu menegaskan, berpuasa tidak pernah menimbulkan masalah antaranya dengan kelab dan peminat.

“Semua orang di sini melayan saya dengan baik dan mereka amat memahami apa yang saya lalui,” kata Kanoute, kelahiran Perancis-Mali.

“Sepanjang Ramadan, saya seperti biasa memberikan segalanya kepada kelab dan cuba untuk tidak menghampakan rakan sepasukan dan peminat.”

Kanoute, terkenal dengan kepantasan, kuat dan memiliki teknik tinggi, membantu Seville layak ke Piala Uefa tahun lalu dan Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Dia juga dipilih Pemain Terbaik Afrika 2007, pemain lahir di luar bumi Afrika pertama memenangi anugerah itu.

Menurutnya, mematuhi tuntutan agama menjadikannya lebih kuat dan baik.

“Secara peribadi, kepercayaan saya terhadap Islam membantu kerjaya bola sepak saya dan bola sepak pula membantu saya menjadi lebih sihat serta memperkasakan saya.

“Tiada konflik kerana semua orang tahu mengenai Islam, mereka tahu puasa memperkasakan dan bukannya melemahkan masyarakat Muslim.”

Doktor Yacine Zerguni, ahli Jawatankuasa Perubatan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dan CAF (Persekutuan Bola Sepak Afrika), setuju dengan pandangan itu.

Zerguni bekerjasama dengan F-marc, Pusat Penilaian dan Kajian FIFA, yang mengkaji kesan Ramadan.

“Ramadan, bulan yang membentuk disiplin fizikal dan mental, juga bebas daripada sikap tidak sihat dan agresif,” katanya kepada Goal.com apabila ditanya sama ada puasa sesuai untuk bola sepak peringkat tinggi.

“Ramadan jauh daripada memberikan sebarang kesan kerosakan.”

Kanoute sentiasa menjaga sembahyangnya, malah kerap menyempurnakan ibadat itu di bilik persalinan pasukan.

Tahun lalu, dia enggan memakai jersi yang mempunyai iklan laman web perjudian kerana judi diharamkan Islam.

Pada 2007, dia menyelamatkan sesatunya masjid di Seville daripada ditutup.

Kanoute membayar 510,860 euro (RM2.55 juta) bagi memastikan masyarakat Islam di Seville tidak kehilangan masjid itu.

Dia juga menubuhkan yayasan di Mali khusus bagi membantu anak yatim.


Diubahsuai daripada SUFIAN THAURI MUHAMMED, 2009. Puasa Untuk Perkasa, Harian Metro, 30/8/2009, http://www.hmetro.com.my.

KANAK-KANAK NAKAL

Tuesday, August 18, 2009











Kepada pelajar U6B, untuk melihat lebih gambar, sila layari link http://www.friendster.com/photos/77372211/1/500101150#pic=7989973821994937290

PEMAIN SELIRIK NAK BERSARA

Wednesday, August 12, 2009

Berikutan kegagalan Skuad Selirik untuk melayakkan diri ke Final Kejohanan Piala Kemerdekaan Kapit 2009, inilah komen pemain-pemain skuad selirik:

Pae: "kawe sera kecewo, kecewa kawe, nok besaro tahun depe, toksir main bola doh tahun depe, nk main nge bini loh pulok, kalu baloh nge bini, baru main bola pulok"

Clement: "aku frust la, x abis lagi frust ni, dah mimpi semalam masuk final, tp kalah lak arini, kecewa btul"

Dahe: "kawe terpaksa besara daripada bola kerana nok menumpuke kepado pelaja hok nok mengambil peperiksae, rayo posa ni pun kawe x kelik"

Mat Limbat: " kawe nok besaro doh, nok konsentrate ko bini kawe tahun depe, nok caro ko bini loh pulok" , kalu main pun, toksir main atas doh, toksir doh main wing ko striker ko, kalu main pun main defend jah la kut., tp duk sera toksir main doh"

Rizal:" aku sebenarnya telah meletakkan jawatan sehari senelum berlangsungnya pertandingan penting ini, semua ini disebabkan oleh tekanan dari FAM, kira besara awal lagi la, mitak maaf blako"

Peter-Ne: "ni hok hambo x brapo kene ni, aloh aloh aloh nyo putuh hangin blako nya teh, ujie sikit jah baru tu, biaso la skuod juara, memang kaloh dulu, pahtu kaloh, pahtu kaloh, lepah tu la.......baru kaloh pulok,haha"

Osman: " kawe duk dengar mene, mene, mene, kawe g tengok skali......kaloh!!!!!, adakah sama ore tgk semua perlawane nge kawe hok tengok sa perlawane. Adakah saloh kawe? hambo pun nok besaro jugaklah jadi penonton, toksir jadi penonton doh tahun depe"

Video komen oleh ustaz, ajang, pae, mat limbat, juki, din, zizi, dato





Penulis: Kelakar la skuad selirik ni, frust benar ni.sekian.

Skuad Tempang Gagal Ke Final

Tuesday, August 11, 2009


Kapit, 11/8/2009, Selasa; Perlawanan separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Kemerdekaan Kapit 2009 antara SMK Selirik dan medical berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Medical. Perlawanan yang bermula jam 4.30 petang itu berakhir dengan Medical mecatat kemenangan 2-1 ke atas skuad tempang Selirik. Medical menjaringkan gol pendahuluan seawal minit ke 10 selepas kegagalan pertahanan Selirik mengawal pemain Medical membolehkan lawan mendahului dengan jaringan 1-0. Selirik mendapat beberapa peluang penyamaan selepas itu, tetapi percubaan demi percubaan gagal menghasilkan gol sehinggalah pemain kurang cergas Pae (Rafaey) menjaringkan gol pada minit ke 20 , hasil percubaan yang gagal diselamatkan penjaga gol Medical. Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.


Bermula separuh masa kedua, kedua-dua pasukan saling menyerang sehinggalah pada minit ke 45, Medical dihadiahkan sepakan penalti selepas pemain Selirik Juki disalahkan pengadil perlawanan kerana menjatuhkan pemain medical dalam kawasan kotak penalti. Namun, hasil ulang tayang kamera menunjukkan tiada sentuhan yang dilakukan oleh Juki dengan pemain Medical dilihat sengaja menjatuhkan diri. Pemain medical yang mengambil sepakan penalti tersebut ternyata tidak mensesiakan peluang dengan menjaringkan gol bagi membolehkan Medical mendahului Selirik dengan kedudukan 2-1. (natang harang btul)


Selepas gol tersebut, perlawanan semakin rancak dengan Selirik melakukan serangan bertali arus bagi menjaringkan gol penyamaan. Perlawanan juga menjadi semakin panas berikutan beberapa insiden kekasaran yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan tertamanya pasukan Medical yang berusaha mengelakkan gol mereka daripada dibolosi (berat set dio). Kedudukan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan dengan Medical berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir kejohanan yang bakal bertemu pemenang antara Polis dan SMk Kapit. Perlawanan separuh akhir kedua antara Polis dan Kapit yang akan diadakan pada hari rabu 12/8/2009 dengan perlawanan akhir dijadual berlangsung 5 hari kemudiannya.


Secara keseluruhan, kegagalan Selirik untuk bermain cemerlang adalah berikutan masalah kecederaan yang melanda pasukan itu dengan Juki mengalami masalah groin dan Pae ( Lutut Cabut). Masalah kecederaan lutut juga turut menyebabkan Jemat tidak bermain serta Bully yang turut tidak bermain kerana masalah demam. Permainan yang kurang menyerlah juga dipamerkan oleh Mat Limbat, Radin, dan Pendy dengan Pendy dikeluarkan ketika permainan berbaki 10 minit selepas mengalami masalah kekejangan urat betis. Walau bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada Juki dan Pae yang menunjukkan semangat kesukanan tinggi dengan permainan cemerlang walaupun kedua-duanya masih belum sembuh daripada kecederaan (main angin skit). Diharapkan agar Selirik berusaha lagi tahun hadapan. "tahun depe sek kito try lagi " "kite try lagi tahung depang". Sekian.


Senarai pemain Selirik: Penjaga gol: Peter-Ne, Zam, ; pertahanan: Juki, Pendy, Radin, Anselm, ; tengah: Clement, Pae, Mat Limbat, Stephan, Dahe, Zizi ; penyerang: Boss, Ajang, Wan, Din.

"Safari Rakit" Balleh-Kapit 2009

Saturday, August 8, 2009

Kapit, 9/8/2009, Ahad; Satu pertandingan bot laju dan rakit telah diadakan di Kapit yang bermula seawal 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Kejohanan yang dinamakan "Safari Rakit Balleh- Kapit" itu merupakan acara tahunan yang biasa dianjurkan pada setiap tahun oleh Lembaga Pelancongan Sarawak (STB). Sebagai permulaan, kejohanan dimulakan dengan pertandingan Bot laju pada waktu pagi dan pertandingan rakit diadakan pada waktu petang. Dari segi penyertaan, dianggarkan terdapat lebih daripada 20 bot laju yang menyertai pertandingan pada tahun ini. Manakala, bilangan penyertaan daripada peserta rakit turut melibatkan jumlah yang hampir sama.(gambar bawah; Kain rentang kejohanan & video bot laju)





Selain pertandingan bot laju dan rakit, terdapat juga program-program sampingan yang turut diadakan di sepanjang kawasan waf (jeti) Kapit. Antara program tersebut termasuklah pertandingan masakan dan menghias buah yang disertai oleh 20 peserta dari bahagian Kapit dan Balleh. Jenis masakan dan hiasan buah disediakan mengikut kreativiti peserta yang rata-ratanya mempunyai pengalaman luas dalam bidang penyediaan masakan iaitu sekitar 10 hingga 20 tahun. Bagi pemilihan pemenang, pertandingan tersebut diadili oleh pengadil pakar masakan dari negeri Sarawak sendiri.(Lihat foto bawah)





Manakala, Fort Sylvia yang merupakan sebuah bangunan pelabuhan Kapit satu ketika dahulu dan kini menjadi sebuah muzium, turut dibuka kepada orang ramai. Di dalamnya, terdapat pelbagai jualan barangan kraftangan serta kain alas buatan penduduk-penduduk Kapit. Teknik penghasilan kain alas turut disajikan untuk tatapan orang ramai. Selain itu, bagi memeriahkan suasana di Fort Sylvia , 2 orang pemuzik turut mempersembahkan mainan alat muzik mereka.(lihat foto bawah)




Di samping itu, terdapat juga kumpulan tarian iban yang terdiri daripada hampir 10 orang penari mempersembahkan tarian mereka pada sebelah petang. Penari-penari terdiri dari warga kapit sendiri yang menggayakan pakaian tradisional masyarakat Iban.(Lihat foto di bawah)





Di sekitar kawasan waf juga turut dibuka gerai-gerai jualan makanan dan minuman bagi pengunjung-pengunjung yang datang menyaksikan pertandingan Bot laju dan rakit tersebut. berdasarkan pemerhatian penulis, Kejohanan safari rakit pada kali ini dilihat amat meriah berdasarkan pelbagai program yang dianjurkan serta jumlah kehadiran penonton yang datang terutamanya untuk menyaksikan pertandingan bot laju. justeru, diharapkan program ini dapat diteruskan seperti biasa untuk tahun-tahun mendatang.Sekian.

Laporpo Watakunsi

Thursday, August 6, 2009

Budak-budak banyak "Main".

Sunday, August 2, 2009

Di Mana silapnya? inilah jawapan yang diberikan oleh pelajar2 tingkatan 3 sekolah aku, skali tgk rasa kelakar, tgk lg skali rasa nak blasah budak2 tu pun ada gak. Akan tetapi ini realiti yang ditunjukkan oleh budak2 tingkatan tiga sekolah aku. Jika dianalisis, kita dapat buat beberapa kesimpulan. Pertama, mungkin disebabkan oleh kelemahan dalam PPSMI, kerana bagi pelajar luar bandar khususnya di sabah dan sarawak, mungkin mereka belum bersedia untuk menerima PPSMI. Oleh kerana tidak faham kehendak soalan, jadi itulah jawapan yang diberikan (dalam gambar).





Kedua, mungkin disebabkan kelemahan pelajar itu sendiri yang tidak memberikan sepenuh perhatian dalam pelajaran. Berdasarkan kelas2 tambahan yang diwujudkan , tidak ramai yang hadir ke kelas tersebut walaupun rata2, ramai yang masih lemah dalam pelajaran. Sesuatu yang pasti ialah dapat kita lihat kelemahan tersebut khususnya dalam matapelajaran sains dan matematik. Para pelajar pada masa kini juga masih ramai yang terpengaruh dengan budaya2 luar dan bagi pelajar2 di bahagian Kapit, pengaruh budaya Indonesia jelas dilihat termasuklah dari segi gaya pakaian, percakapan dan muzik. Mereka lebih tertarik terhadap cara penampilan diri dengan meniru gaya pakaian, percakapan, muzik artis-artis luar.





Walaubagaimanapun, jika kita perhatikan, media massa pada masa kini jelas memainkan peranan penting dalam mempengaruhi minda para pelajar. Banyak drama2 Indonesia ditayangkan di segenap saluran televisyen. Malah, media massa di Malaysia juga banyak menonjolkan artis2 dari barat dan Indonesia. Jadi, perkara ini haruslah diberi perhatian sewajarnya oleh semua pihak yang seharusnya berusaha menyekat pengaruh-pengaruh tersebut.





Secara keseluruhannya, alam persekolahan pada masa kini bukan lagi sesuatu yang mudah untuk diuruskan seperti suatu ketika dahulu. Masyarakat kita kini haruslah memberi penekanan dan memainkan peranan masing2 dalam membendung budaya negetif sekaligus barusaha dalam "menghasilkan seorang manusia". Hal ini kerana, remaja pada masa kini adalah generasi pemimpin negara pada masa depan. so, lets think 4 its. sekian.