soccer skill Selirik, hahaha

Wednesday, July 29, 2009


mat limbat wat skil, hahaha.



comey x aku try? haha

Selirik Lawan Balleh: Satu Analisis

Tuesday, July 28, 2009

Perlawanan peringkat kumpulan kejohahanan Bola Sepak Piala Kemerdekaan Kapit antara SMK Selirik dan SMk Balleh berakhir dengan keputusan seri 0-0. Namun, selirik lebih bernasib baik kerana dapat melayakkan diri ke peringkat berikutnya. Di sebalik perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan gagal memperolehi sebarang gol dan SMK Balleh yang muncul juara pada musim lalu dilihat gagal mempamerkan aksi seperti musim lalu. Manakala, SMK Selirik yang mendapat kekuatan tambahan dengan kehadiran pemain-pemain baru masih gagal mendapatkan sebarang gol walaupun melakukan lebih banyak percubaan untuk mendapatkan gol berbanding lawannya. Ternyata, SMK Selirik harus berterima kasih kepada tonggak lama yang menjadi tunjang pasukan itu kerana dengan pengalaman pemain-pemain seperti Paie, Juki, Ajang, dan lain-lain pemain lama( main angin skit, hahaha), telah berjaya mengelakkan gol daripada BOLOS. Pada perlawanan akan datang diharapkan pemain-pemain Selirik agar dapat melakukan yang lebih baik bagi mencari tempat dalam perlawanan akhir. Semoga Berjaya.

Guru-guru Bahagian Kapit & Alam Perkahwinan

Sunday, July 26, 2009





Kapit, ahad, 26/7/2009: Menurut kajian yang dilakukan oleh persatuan guru-guru semenanjung bahagian Kapit, sebilangan besar guru-guru semenanjung yang berkhidmat di Kapit bakal mendirikan rumah tangga menjelang tahun 2010... antara faktor-faktor yang dikenalpasti mendorong niat para guru untuk pakat2 nak nikah ni adalah disebabkan mereka berasa kesunyian kerana tinggal berjauhan dari keluarga dan orang tersayang. Justeru itu, dengan berkahwin dikatakan akan dapat menggembirakan hati mereka serta mempercepatkan urusan perpindahan balik ke semenanjung walaupun ia bukanlah satu jaminan.

Faktor lain ialah disebabkan guru-guru di Kapit tidak dapat menahan diri lagi daripada menunaikan salah satu ibadat yang merupakan salah satu daripada sunnah Nabi. Ternyata, Sungguh mulia hati guru-guru di bahagian Kapit ini.


Antara guru-guru yang dikatakan bakal medirikan rumah tangga sebelum menjelang tahun 2010 termasuklah, Dahe, Mat Limbat, Juki, Pae & Azian, Faisal (dah 10 kali bual nok nikah, tp x nikoh lagi, harap2 kali ni jadi la), pastu Shikin, osman, Ikhwan. semua mereka dari SMK selirik. Selain tu, Akasyah, Temin, Roy Azroi, Mat Ju, Dauh, serta beberapa orang lagi guru perempuan juga dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. sebelumnya, hampir 20 orang guru dari bahagian Kapit telah mendirikan rumah tangga dalam tempoh bulan januari 2009 hingga Jun 2009. Semua guru berkenaan berkhidmat di SMK Kapit, SMK Kapit 2, SMK Balleh, SK Methodist, SK Kg Baru serta lain-lain sekolah rendah di Bahagain Kapit.



Menurut Ustaz Adnan Idirs dari SMK Selirik, " beliau bersetuju 100% dengan niat para guru yang mahu berkahwin kerana apabila berkahwin, amalan baik seseorang itu akan meningkat berlipat kali ganda, ia juga dapat mengelakkan dari berlakunya maksiat, dan yang penting ialah ia dapat mehubungkan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara dua insan, dua keluarga, serta menyempurnakan Sunnah Nabi". Menurut beliau lagi, seseorang itu juga dapat merasai nikmat Syurga Dunia kerana dua insan yang berkahwin akan dapat berkasih sayang dengan cara yang dihalalkan oleh Islam, dapat saling lengkap melengkapi, juga dapat berkongsi masalah bersama-sama. Jadi, nasihat beliau ialah supaya para guru di Bahagian Kapit cepat-cepatlah berkahwin dan sertailah Kelab "Guru Berkahwin".



Akhir kata, penulis ingin berkempen disini " pakat-pakat nikoh loh demo blako", "hangpa nikah cepat2 no...cek no...". sekian.

Selirik layak ke semi final

Saturday, July 25, 2009


Kapit, sabtu, 26/7/09; SMK selirik berjaya layak ke peringkat separuh akhir kejohanan bola sepak Piala Kemerdekaan, Kapit. Dalam perlawanan akhir kumpulan antara Selirik menentang Polis, selirik berjaya mencatat kemenangan 1-0, dan kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan.
Pada perlawanan yang diadakan seawal 3.15 petang (panas terik), gol selirik diperoleh hasil jaringan pemain pertahanan kiri Sungbuly Bandaryne melalui tandukan yang berpunca daripada sepakan sudut Faisal Mamat ( yang setakat ini dah 4 kali bual dengan rakan2 nak score gol, tapi tak score lagi sejak bual aritu), aku ingat nak sepak skali, tapi x jadi sbb dia main OK, bagus.
Dalam perlawanan tersebut, selirik beraksi tanpa penjaga gol utama, Peter-Nan. Selirik sebelum itu telahpun kehilangan khidmat Penjaga gol yang cedera, Rizal. Namun, penjaga gol ketiga, Clement berjaya memastikan gol daripada dibolosi.
Senarai pemain selirik: penjaga gol;Clement, Zam, pertahanan; Juki, Anselm, Sungbuly, fendy, tengah; Mat Limbat, "Pae" rafaey,Faisal "ajang",Stephan, Dahe, Penyerang; "Bos" Marcos, Jumat, Shah.
AJK2, kamera foto; "YB" Faizul & Linda, "Dauh" dimport dari balleh, kamera Video;Elbenus, Kecemasan & air; rizal & Zizi.

1 Malaysia : Soalan popular dalam Interview "Awam"!!

Friday, July 24, 2009



Petikan ucapan PM dalam laman web 1 Malaysia,
"Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. Saya berharap agar laman web ini akan menjadi permulaan kepada satu dialog yang penting dan terbuka bagi menerokai identiti, tujuan dan hala tuju kita sebagai rakyat Malaysia. Saya menggalakkan setiap orang daripada anda menyertai saya dalam memberikan takrifan kepada Malaysia kita dan peranan yang perlu kita mainkan untuk masa hadapannya. Setiap kita – di sebalik segala perbezaan kita – berkongsi impian untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami."
Pada 28-31/7/09 nati, ramai guru-guru baru akan ditemuduga untuk urusan pelantikan sebagai guru terlatih bagi pengesahan lantikan jawatan. Sejak 1 malaysia diperkenalkan, bayak temuduga awam yang soal tentang 1 Malaysia. Jadi, sesiapa yang nk pergi interview tu, rajin2 la baca tentang 1 Malaysia. Untuk mendapat maklumat lanjut, kena la buka blog ni http://www.1malaysia.com.my/

Manchester united menang tipis 3-2 ke atas kelab Korea dalam perlawanan persahabatan, MU terselamat hasil jaringan Macheda dan berbatov. Kepada musuh-musuh MU, walaupun Mu kehilangan Tevez dan ronaldo, Mu tetap akan jd juara Liga musim depan. Tgk la nati...hahaha.

Selirik lwn polis


main bola petang ni, selirik lwn polis. Nk kena ngelak dari kena tembak la ptg ni... game penentuan ni. harap ko stiker la, kalu x score, aku sepak blako la!!

Assalamualaikum.


"saya budak baru belajar" baru belajar2 wat blog... xda modal lagi nk mengarang...hahaha.