Guru-guru Bahagian Kapit & Alam Perkahwinan

Sunday, July 26, 2009





Kapit, ahad, 26/7/2009: Menurut kajian yang dilakukan oleh persatuan guru-guru semenanjung bahagian Kapit, sebilangan besar guru-guru semenanjung yang berkhidmat di Kapit bakal mendirikan rumah tangga menjelang tahun 2010... antara faktor-faktor yang dikenalpasti mendorong niat para guru untuk pakat2 nak nikah ni adalah disebabkan mereka berasa kesunyian kerana tinggal berjauhan dari keluarga dan orang tersayang. Justeru itu, dengan berkahwin dikatakan akan dapat menggembirakan hati mereka serta mempercepatkan urusan perpindahan balik ke semenanjung walaupun ia bukanlah satu jaminan.

Faktor lain ialah disebabkan guru-guru di Kapit tidak dapat menahan diri lagi daripada menunaikan salah satu ibadat yang merupakan salah satu daripada sunnah Nabi. Ternyata, Sungguh mulia hati guru-guru di bahagian Kapit ini.


Antara guru-guru yang dikatakan bakal medirikan rumah tangga sebelum menjelang tahun 2010 termasuklah, Dahe, Mat Limbat, Juki, Pae & Azian, Faisal (dah 10 kali bual nok nikah, tp x nikoh lagi, harap2 kali ni jadi la), pastu Shikin, osman, Ikhwan. semua mereka dari SMK selirik. Selain tu, Akasyah, Temin, Roy Azroi, Mat Ju, Dauh, serta beberapa orang lagi guru perempuan juga dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. sebelumnya, hampir 20 orang guru dari bahagian Kapit telah mendirikan rumah tangga dalam tempoh bulan januari 2009 hingga Jun 2009. Semua guru berkenaan berkhidmat di SMK Kapit, SMK Kapit 2, SMK Balleh, SK Methodist, SK Kg Baru serta lain-lain sekolah rendah di Bahagain Kapit.



Menurut Ustaz Adnan Idirs dari SMK Selirik, " beliau bersetuju 100% dengan niat para guru yang mahu berkahwin kerana apabila berkahwin, amalan baik seseorang itu akan meningkat berlipat kali ganda, ia juga dapat mengelakkan dari berlakunya maksiat, dan yang penting ialah ia dapat mehubungkan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara dua insan, dua keluarga, serta menyempurnakan Sunnah Nabi". Menurut beliau lagi, seseorang itu juga dapat merasai nikmat Syurga Dunia kerana dua insan yang berkahwin akan dapat berkasih sayang dengan cara yang dihalalkan oleh Islam, dapat saling lengkap melengkapi, juga dapat berkongsi masalah bersama-sama. Jadi, nasihat beliau ialah supaya para guru di Bahagian Kapit cepat-cepatlah berkahwin dan sertailah Kelab "Guru Berkahwin".



Akhir kata, penulis ingin berkempen disini " pakat-pakat nikoh loh demo blako", "hangpa nikah cepat2 no...cek no...". sekian.

5 comments:

shah said...

hahaha....dah 2 yg tulis ni ble plak?..wa..mkn serius la virus B1N1 thn depan...

pendi said...

haha, yg tulis ni dah kawin dah, hahaha.

Muallim Adham said...

rrr berat rrr... welcome to the club...

Ustaz Adnan said...

virus bini makin merebak makin elok ni yang xeloknye virus h1n1 tu...jika smua nk kena virus B1N1 ni xpe..ada ambo kesah..

shah said...

amalkan....amal makruf nahi mungkar